Judi Sabung Ayam: 28 Termasuk Wanita Didenda RM2,500

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Empat lelaki tempatan dan 24 rakyat Indonesia termasuk seorang wanita, didenda RM2,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bermain judi sabung ayam, bola golek dan belangkas, dua minggu lepas. Majistret Nurul Syahida Zainal turut menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas dua lelaki warga Indonesia yang menghadapi tuduhan sama.

Semua tertuduh yang berumur antara 26 dan 57 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan semak belakang kuil Hindu berhampiran landasan keretapi Seksyen 17 di sini pada kira-kira 11.15 pagi, 11 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dihukum mengikut Seksyen 7(7) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sepasukan polis yang menjalankan pemerhatian ternampak sekumpulan lelaki berkumpul, disyaki berjudi, dan setelah memperkenalkan diri, semua tertuduh bertempiaran lari sebelum berjaya ditangkap.

Pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai wang tunai RM340 dan peralatan yang disyaki digunakan untuk permainan judi sabung ayam, bola golek dan belangkas.

Selain peralatan itu, sejumlah 12 ekor ayam telah dirampas pihak polis.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi perbuatan mereka, dan masyarakat tidak melakukan kesalahan yang sama.

"Sebahagian besar tertuduh adalah warga Indonesia dan diberi peluang untuk mencari kerja halal di Malaysia, tetapi telah menyalahgunakan peluang itu untuk melakukan jenayah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan