Wanita Iran Ke Tali Gantung Kerana Mengedar Dadah

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita rakyat Iran dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1,760 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhi hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan ke atas Kobra Taba Seidali, 49, melampaui keraguan yang munasabah.

Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, sebelum ini Kobra dan adik lelakinya, Jalil, didakwa dan dibicarakan atas tuduhan sama.

Bagaimanapun, beliau berkata, di akhir kes pendakwaan, mahkamah memerintahkan Kobra membela diri tetapi melepaskan dan membebaskan Jalil daripada pertuduhan setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas lelaki itu.

Noor Azian berkata, dalam pembelaannya, Kobra mendakwa dadah yang ditemui di dalam bagasinya diletak oleh adik iparnya iaitu isteri Jalil yang bernama Mariam di lapangan terbang Damsyik di Syria dan tertuduh juga mendakwa dia tidak tahu mengenai dadah itu.

"Dalam kes ini, saya dapati pembelaan tertuduh tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai. Saya juga dapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan," katanya.

Kobra didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tuntutan bagasi, Aras 3, Balai Ketibaan KLIA, kira-kira pukul 10.45 malam pada 2 Februari 2010.

Wanita itu, yang bekerja sebagai penjual pakaian, didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan manakala tertuduh diwakili peguam Salim Bashir yang menyebut bagi pihak peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Seramai 10 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan