Tunggang Motosikal 'Ala Superman', Pelajar Diperintah Kerja Khidmat Masyarakat 200 Jam

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang menunggang motosikal "ala superman" diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin untuk melakukan kerja khidmat masyarakat selama 200 jam.

Majistret Suzarika Sahak membuat keputusan itu terhadap Muhamad Hafiz Nor Azizaruddin, 19, selepas dia mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu di Jalan Loke Yew di sini pada 3.40 pagi, 17 Mac lepas.

Suzarika turut memerintahkan Muhammad Hafiz yang juga pelajar sebuah pusat latihan itu melakukan kerja khidmat masyarakat berkenaan dalam tempoh 24 bulan.

Muhamad Hafiz didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak melebihi RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor M. Rajan manakala Muhamad Hafiz tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan