Tukang Masak Dipenjara Lapan Tahun & 10 Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang tukang masak di sebuah restoran di Batu Lanchang di sini dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas dua pertuduhan pindaan memiliki dadah tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Soon Cheng Hai, 49, mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan pindaan itu.

Tertuduh bersama dua rakannya iaitu Tan Meng Boon dan wanita warga Vietnam, Nguyen Thi Hau dituduh memiliki dadah Methampetamine seberat 32.86 gram, pada 14 Jun 2011 pukul 7 petang di Jalan Van Praagh, Desa Green.

Bagaimanapun Tan dan Nguyen tidak mengaku bersalah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Semakan 1980) boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama, yang memperuntukan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Pertuduhan pindaan kedua ialah mereka dituduh memiliki dadah jenis heroin seberat 0.10 gram dan monoacetymorphines seberat 0.10 gram, pada 14 jun 2011 pukul 7 petang di Jalan Van Praagh, Desa Green.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama, yang memperuntukkan denda tidak kurang RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pindaan pertama Soon dikenakan hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan, manakala pertuduhan pindaan kedua tertuduh dihukum penjara tiga tahun, kedua-dua hukuman penjara dijalankan serentak pada tarikh tangkap.

Mahkamah juga menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula untuk dua lagi rakan tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya S. Selvaranjini, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan