Perbicaraan Kes Bekas Pengarah Imigresen Ditetapkan 30 April

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Isnin menetapkan empat hari mulai 30 April ini untuk perbicaraan bekas pengarah Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Harun atas tuduhan memiliki harta melebihi pendapatannya.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan semula tarikh perbicaraan itu kerana tertuduh baru melantik peguam baru iaitu Datuk Hanif Hashim pada 27 Feb lepas bagi menggantikan Zamri Idrus.

Mahkamah menetapkan 30 dan 31 Mei, hujahan bagi kedua-dua pihak.

Abdul Rahman, 53, kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara, Kementerian Dalam Negara (KDN) didakwa memiliki wang sebanyak RM681,355 dan hartanah bernilai RM136,000, iaitu terdapat lebihan harta sebanyak RM152,081 daripada yang sepatutnya dimiliki setelah diambil kira emolumen sepanjang berkhidmat dengan kerajaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang, pada 11 Okt 2010.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 36(3) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah mengekalkan jaminan sebanyak RM15,000 kerana sepanjang proses siasatan yang dijalankan sejak Ogos 2009, tertuduh dan isterinya yang merupakan seorang guru, masih bekerja serta tidak wujud krisis kewangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Anthony Kevin Morais dan Janariah Abdul Mutalib. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan