Penganggur Dipenjara Tiga Tahun & Dua Sebatan Kerana Sebabkan Kecederaan - Berita Mahkamah | mStar

Penganggur Dipenjara Tiga Tahun & Dua Sebatan Kerana Sebabkan Kecederaan

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua kali sebatan ke atas seorang penganggur yang mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki tahun lepas.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Chua Chee Wah, 26, setelah mengambil kira rayuan tertuduh bahawa dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain terpaksa menyara seorang nenek.

Chua bersama-sama dua lagi yang masih bebas dituduh menyebabkan kecederaan parah ke atas Loo Toon Chrat, 24, dengan menggunakan sebilah pisau panjang di tingkat 1 KFC, Medan Angsana, Bandar Baru pada pukul 6.25 pagi, 11 Jan 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Feb 2012. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan