Pemangku Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Kulaijaya Bebas Tuduhan Rasuah - Berita Mahkamah | mStar

Pemangku Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Kulaijaya Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Isnin, 19 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang Pemangku Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Kulaijaya pada Isnin dilepas dan dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM30,425 selepas berjaya dalam rayuannya, di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan lima bulan serta denda RM80,000 terhadap Zainal Abidin A.Talib, 58, pada Ogos 2011 selepas meneliti rayuan yang dikemukakan.

"Selepas meneliti rayuan, mengambil kira fakta kes, eksibit serta saksi perbicaraan, dengan ini tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya dalam penghakiman.

Mahkamah Sesyen di sini pada 5 Ogos tahun lepas mendapati Zainal Abidin bersalah dan dihukum penjara empat tahun dan denda RM40,000 kerana menerima suapan RM17,500 melalui akaun bank CIMB Mersing daripada seorang kontraktor, Daing Ibrahim Yacob daripada Syarikat RDS Mekar Bena Enterprise, pada 17 Okt 2006, selepas memperoleh kontrak ubah suai Pejabat Kesihatan Mersing, Jemaluang dan Felda Endau.

Zainal Abidin ketika itu merupakan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan Mersing tetapi turut diberi tugas sebagai Pegawai Pembangunan di Pejabat Kesihatan Mersing berdasarkan pengalaman dan kekananan dalam jawatan memandangkan tiada Pegawai Teknikal di jabatan tersebut.

Bagi tuduhan kedua, dia turut didapati bersalah dan dipenjara lima bulan dan denda RM40,000 kerana menerima suapan RM12,925 melalui cek tunai Maybank daripada Hasnah Hamzah, kerani Elias Electric Service & Plumbing, pada 18 Okt 2006.

Ia sebagai dorongan supaya mencadangkan Elias memperoleh kerja membekal dan memasang pendawaian overhead serta lampu jalan di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) 248 Klinik Usia Mas, Kuarters JKR 482 Klinik Kesihatan Jemaluang, Klinik Desa Felda Tenggaroh 2, Klinik Desa Felda Nitar 2 serta Klinik Desa Felda Tenggaroh 5, Mersing.

Zainal Abidin yang tersenyum selepas mendengar keputusan pembebasan itu, diwakili peguam Nurul Syuhada Abdullah manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Ghafar Ab Latif. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan