Tiga Rakan Dihukum Gantung Sampai Mati Kerana Membunuh

Diterbitkan: Ahad, 18 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tiga sahabat dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Choh Yen Leng, 24, Ooi Chee Weei, 25, dan Lim Shu Kiat, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Mereka didakwa sebagai anggota satu perhimpunan haram telah mendatangkan kecederaan dan seorang atau lebih daripada mereka telah membunuh Tang Wei Yune, 39, di belakang Restoran Yeong Hua, Simpang Kuala dekat sini pada 27 Nov 2008 kira-kira pukul 11.30 malam.

Kesemua mereka didakwa mengikut seksyen 149 Kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Choh diwakili peguam S.P. Raman manakala Ooi diwakili peguam RSN Rayer dan Lim diwakili W.K.H Ong.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan