Ketua Pengakap Didakwa Cabul Kehormatan Dua Pelajar

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pengakap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Jumaat terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan dua pelajar perempuan tahun lepas.

Ho Lee Fong, 44, dituduh mencabul kehormatan kedua-dua pelajar perempuan itu, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, di sebuah bilik di No 11, Jalan Daun Inai, Sunway SPK, Damansara, di sini pada 4 petang pada Jun 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Azmil Muntapha Abas membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,OOO dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April untuk sebutan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Maurice Scully dan Yoh Siang Ting.

Pada 1 Mac, Ho mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya kerana mencabul kehormatan lapan pelajar di bawah jagaannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan