Ahli Perniagaan Dipenjara 24 Bulan, Denda & Sebat Kerana Menipu

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dihukum penjara 24 bulan, denda RM11,000 serta tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini Jumaat selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menipu pengurus kad kredit dan menggunakan dokumen palsu, lapan tahun lepas.

Bagaimanapun, Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap Mohd Zainordin Mohd Darudin, 52, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi serta membenarkan pembayaran denda dijelaskan sebelum 23 Mac.

Mohd Zainordin dikenakan hukuman penjara 24 bulan dan denda RM6,000 serta tiga sebatan untuk pertuduhan pertama manakala untuk pertuduhan kedua, dia dikenakan denda RM5,000.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Zainordin didakwa menipu Pengurus Retail Credit Card Centre, Bank Bumiputera Commerce Berhad (BBCB) Wong Nam Kwong, 62, dengan memperdayakannya supaya mempercayai permohonan kad kredit Rosadi Mastuki, 34, beserta beberapa dokumen sokongan Rosadi iaitu Borang 49 Lagenda Eksklusif Sdn Bhd dan penyata Maybank Lagenda Eksklusif bagi bulan Mac hingga Ogos 2004, yang palsu.

Perbuatan itu mendorong Wong meluluskan permohonan kad kredit tersebut yang mana beliau tidak akan meluluskan permohonan itu sekiranya tidak diperdayakan.

Mohd Zainordin didakwa melakukan perbuatan itu di Retail Credit Card BBCB, Tingkat 14, Menara Atlas, Plaza Pantai, Bangsar dekat sini pada 23 Sept 2004, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Zainordin yang diwakili peguam Ariff Azami Hussin, didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Borang 49 Lagenda Eksklusif dan penyata Maybank Lagenda Eksklusif bagi bulan Mac hingga Ogos 2004 bagi tujuan sama di lokasi sama pada 22 Sept 2004.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, pegawai bank Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah, 43, dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah yang sama terhadap tuduhan bersubahat dengan Mohd Zainordin untuk menipu Wong, lapan tahun lalu.

Dalam keputusannya, Majistret Zulkpli berkata tertuduh tidak mempunyai pengetahuan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan menjadi amalan biasa dalam tugasnya sebagai seorang pegawai bank untuk membuat pengesahan dokumen.

Mengikut pertuduhan, Tengku Mohamed Fadhli didakwa bersubahat dengan Mohd Zainordin untuk menipu Wong dengan memperdayakannya (Wong) supaya mempercayai permohonan kad kredit Rosadi beserta beberapa dokumen sokongan termasuk Borang 49 Lagenda Eksklusif dan Penyata Maybank Lagenda Eksklusif yang palsu di tempat sama pada 23 Sept 2004.

Tengku Mohamed Fadhli yang diwakili peguam P.Ganesh dan Lee Tee Kiat didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan