Perintah Mahkamah Dipohon Untuk Ekstradisi Lelaki Iran

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia hari ini memohon perintah ekstradisi terhadap lelaki warga Iran Masoud Sedaghat Zadeh, yang dikehendaki oleh kerajaan Thailand, kerana disyaki terlibat dalam pengeboman di Bangkok pada bulan lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar membuat permohonan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah ketika kes itu disebut, Khamis.

Bagaimanapun, Kamal Baharin memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memerlukan masa bagi mendapatkan bukti daripada kerajaan Thailand berhubung kes berkenaan.

"Pihak pendakwaan memerlukan masa lebih kurang sebulan untuk mendapatkan gambar dan rakaman CCTV berhubung kes itu," katanya.

Hakim Komathy kemudian menetapkan 16 April untuk sebutan kes.

Sementara itu, Masoud yang diwakili peguam Mohd Nashir Hussin memaklumkan kepada mahkamah melalui jurubahasa Parsi bahawa dia tidak tahu mengapa dia berada di mahkamah ini kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dalam permohonannya, pihak pendakwaan turut memohon supaya Masoud, 32, ditahan di penjara sementara menunggu perintah dikeluarkan oleh menteri bagi penyerahan lelaki Iran itu kepada kerajaan Thailand.

Alasan permohonan itu adalah berdasarkan permintaan ekstradisi yang dibuat oleh kerajaan Thailand pada 21 Feb lepas dan perintah Menteri bertarikh 28 Feb yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(3) Akta 479 untuk mengesahkan bahawa permintaan ekstradisi itu telah dibuat.

Dalam permohonannnya, pihak pendakwaan berkata pada 29 Feb lepas, waran pemberkasan telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini dan diserahkan kepada polis pada hari yang sama dan Masoud, kemudiannya dibawa ke mahkamah pada 1 Mac.

Mahkamah Majistret pada hari yang sama, telah mengeluarkan perintah supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen dan berikutan itu Masoud ditahan reman sehingga kini.

Pihak pendakwaan dalam permohonan itu juga berkata lelaki warga Iran itu dikehendaki hadir di mahkamah Thailand atas dakwaan kesalahan jenayah, iaitu mengambil bahagian dalam membuat dan memiliki alat letupan yang tidak boleh dikeluarkan oleh Pendaftar Awam dan menyebabkan letupan supaya menyebabkan kecederaan kepada orang lain atau merosakkan harta benda orang lain, bangunan atau mana-mana struktur.

Kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Masoud dikatakan serius dan berdasarkan permintaan ekstradisi itu dia adalah penjenayah buruan, menurut permohonan pihak pendakwaan itu.

Turut disertakan dengan permohonan itu ialah afidavit sokongan peguam kanan persekutuan Swandra Kim Chu Ramachandran yang bertugas di Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara, Malaysia, bahawa kerajaan Thailand telah meminta supaya perintah ekstradisi dikeluarkan terhadap Masoud menurut Perkara 7 Triti Ekstradisi antara kerajaan Great Britain dengan kerajaan Siam pada 1911 yang juga berkuatkuasa di Malaysia.

Masoud ditahan pada pukul 3.30 petang 15 Februari lepas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di bawah Akta Imigresen ketika hendak berlepas ke Iran, selepas tiba dari Thailand pada malam sebelumnya.

Dia ditahan atas permintaan Bangkok kerana hasil maklumat risikan Agensi Perisikan Kebangsaan Thailand mengesyaki Masuod terlibat bersama-sama dua suspek serangan bom yang ditangkap di Bangkok.

Prosiding turut dihadiri ahli keluarga termasuk ibu bapa Masoud. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan