Noh Saman Selangor, Akhbar Rasmi RM20 Juta Dakwa Difitnah

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman fitnah sebanyak RM20 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Saman fitnah berkenaan dibuat berikutan penyiaran beberapa artikel dan gambar yang disiarkan akhbar rasmi kerajaan Selangor iaitu 'Selangor Kini' pada edisi mingguan bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011.

Menurut Noh, saman berkenaan difailkan pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan 22Mac ini.

"Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR (Parti Keadilan Rakyat) Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka cuba membuat tindakan sedemikian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Menurut Noh, tindakan saman terbabit diambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen, menteri dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

Selangor Kini menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan Noh sebagai fitnah.

Noh diwakili oleh syarikat guaman, Messrs Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan