Kes Saman Zahid Hamidi Diteruskan

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan yang mengemukakan saman terhadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan menyerang akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Ini kerana Ahmad Zahid gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman itu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zahid dan memerintahkan menteri itu membayar RM5,000 sebagai kos.

Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 41, selaku plaintif memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Ahmad Zahid yang didakwa menumbuk muka beliau pada 16 Januari 2006.

Ahmad Zahid mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman itu pada 29 Ogos 2007, dengan alasan ia adalah remeh tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 21 April 2010. Ahmad Zahid memfailkan tuntutan balas terhadap Amir Bazli menuntut ganti rugi kerana mengalami tekanan, malu, kebimbangan yang dialami oleh beliau dan juga ganti rugi bagi libel berhubung penerbitan insiden itu selepas Amir Bazli melaporkan kepada media.

Dalam pernyataan pembelaannya, Ahmad Zahid yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri Penerangan menafikan beliau menumbuk Amir Bazli sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mukanya, mendakwa ia adalah rekaan Amir Bazli. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan