Guru Agama Bebas Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang guru sekolah menengah agama terlepas daripada hukuman gantung selepas dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 347.6 gram tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohd Nazri dan Masriwani Mahmud, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Karin Mohammad, 40.

Abdul Karin, yang diwakili peguam bela Ghazali Ismail dan Mazlan Mat Zin, berjaya menyakinkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan pemilikan rumah atau lokasi dengan dirinya.

Mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan gagal memanggil saksi penting dalam kes itu.

Abdul Karin, bapa kepada tiga orang anak, dituduh mengedar dadah itu di sebuah rumah di Jalan Hiliran Kuala Terengganu di sini pada 1 pagi 6 April 2011.

Selepas Hakim Mohd Yazid membuat keputusan itu, tertuduh menangis sambil memeluk ahli keluarganya yang termasuk isterinya Fauziah Abdul Rahman, 40, dan tiga anak mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan