Penjual Kain Didakwa Mencabul Seorang Jurujual

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual kain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang jurujual, tiga bulan lepas.

Zakeria Kader, 50, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 25 tahun itu di hadapan kaunter pembayaran The Beach Club Cafe, 97 Jalan P.Ramlee di sini pada pukul 11.55 malam, 24 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, namun peguam M.Mathavan yang mewakili Zakeria memohon jaminan dikurangkan.

ajistret Parvin Hameedah Natchiar membenarkan Zakeria diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mei depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan