Cuba Curi Radio Kereta: Lelaki OKU Dipenjara

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba mencuri sebuah radio kaset kereta minggu lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas memerintahkan Choong Fook Soon menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 Mac lepas.

Choong, 37, didakwa cuba mencuri radio kaset yang dipasang pada kereta milik Mohd Khairi Mohd Nor, 33, di Jalan Sri Sentosa, Taman Sri Sentosa, Off Jalan Klang Lama di sini pada 10 malam 9 Mac lepas.

Choong yang mengalami kecacatan fizikal pada badannya dan tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah yang sama, seorang wanita dipenjara sehari dan didenda RM500, jika gagal bayar boleh dipenjara sebulan, selepas mengaku bersalah mencuri lampin pakai buang di sebuah pasar raya. Yeong Ai Yong, 23, ibu kepada seorang anak berusia lima bulan, didakwa mencuri sebungkus lampin pakai buang bernilai RM49.90 di Pasar Raya Jusco, Setiawangsa di sini pada 5.35 petang 8 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan