Rogol & Bunuh: Hukuman Terhadap Pekerja Kilang Ayam Kekal - Berita Mahkamah | mStar

Rogol & Bunuh: Hukuman Terhadap Pekerja Kilang Ayam Kekal

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang pekerja kilang ayam kerana membunuh seorang pencari kerja, Siti Zawiah Sudin, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim, yang dipengerusikan oleh Datuk Sulaiman Daud, turut mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan terhadap Muhammad Rasid Hashim kerana merogol wanita berusia 23 tahun itu.

Siti Zawiah yang tiba di Kuala Lumpur 22 hari sebelum kejadian untuk mencari pekerjaan bagaimanapun berhasrat pulang ke kampung di Pasir Puteh, Kelantan pukul 9 malam hari kejadian setelah gagal mendapat kerja.

Mangsa ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan oleh dua rakan serumahnya dengan kecederaan kepala di atas lantai bilik tidur rumah tempat dia menumpang sebelum meninggalkan dunia di Hospital Selayang.

Panel hakim, yang turut dianggotai oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Azahar Mohamed, sebulat suara menolak rayuan Muhammad Rasid terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas dua tuduhan itu.

Hakim Sulaiman berkata mahkamah mendapati hakim perbicaraan tidak terkhilaf berhubung fakta-fakta kes dan sabitan terhadap Muhammad Rasid adalah selamat.

Pada 15 Nov, 2009, Mahkamah Tinggi mendapati Muhammad Rasid, 31, dari Kampar, Perak, bersalah melakukan dua kesalahan itu di No.02-04, Blok Kekwa, Pangsapuri Dahlia, Jalan 5/2, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, antara pukul 3 dan 6.20 petang, 9 Mac, 2006.

Kes pendakwaan tersebut berdasarkan keterangan ikut keadaan, antara lain Muhammad Rasid merupakan orang terakhir dilihat bersama mangsa dan barangan peribadi mangsa, sebuah set kunci dan telefon bimbit dijumpai dalam simpannya.

Keterangan Asid Deoksiribonukleik (DNA) membuktikan air mani Muhammad Rasid ditemui di bahagian sulit mangsa.

Ahli patologi mengesahkan punca kematian Siti Zawiah adalah kerana kepala mangsa dihentak dengan benda keras serta dicekik. Dalam keterangan tanpa sumpah, Muhammad Rasid menafikan dia merogol dan membunuh mangsa. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan