Penasihat Undang-Undang Bebas Daripada Tuduhan Salahguna Wang

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa melepas dan membebaskan seorang penasihat undang-undang daripada tuduhan menyalahgunakan wang bernilai RM5 juta, dua tahun lepas.

Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap George Paul Daniel S.E Arokian, 59, di akhir kes pendakwaan.

Mengikut kertas pertuduhan, George didakwa dengan curang menyalahgunakan wang sebanyak RM5 juta di dalam satu akaun CIMB sedangkan tertuduh tahu wang tersebut bukan miliknya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, The Boulevard Shop Office, Jalan 11/48A, Sentul Raya dekat sini antara 31 Mac hingga 20 April 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

George diwakili peguam Munir Abdullah manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya P.Viknesvaran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan