Lima Rakan Didakwa Cuba Bunuh Seorang Lelaki

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima rakan, dua daripadanya adik-beradik pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini terhadap tuduhan cuba membunuh seorang lelaki dengan membakarnya menggunakan minyak petrol, pada bulan lepas.

Bagaimanapun, Mohd Nazrul Md Noor, 25, dan adiknya Mohd Nazrin, 21, serta Mohamad Nor Akmal Tarmezi, 23, Muhammad Ammar Ashman Jamil, 21, dan Mohd Firdaus Mohamad Sururi, 21, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Mohd Nazrul, yang merupakan penganggur dan Mohd Nazrin yang bekerja di butik kasut, pelajar di sebuah institusi tempatan Mohamad Nor Akmal dan Muhammad Ammar serta penghantar surat Mohamad Firdaus dituduh cuba membunuh Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, di Jalan Kampung Sepakat, Mukim Sungai Tengi, Gedangsa, Hulu Selangor dekat sini pada pukul 5.45 pagi, 26 Feb lepas.

Kesemua mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ridha Abdah Subri memohon supaya mahkamah tidak mengenakan jaminan kepada kesemua tertuduh dengan alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

"Mangsa dalam kes ini masih tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal di wad ICU di Hospital Sungai Buloh kerana seluruh badannya terbakar," katanya.

Hakim Maziah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes bagi mereka melantik peguam dan penyerahan laporan perubatan.

Kesemua tertuduh dihantar ke Penjara Sungai Buloh. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan