Tiga Warga Thai Dan Seorang Rakyat Tempatan Dihukum Gantung

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua beradik warga Thailand dan seorang wanita negara itu bersama seorang rakyat tempatan pada Khamis dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah kerana memiliki senjata api dan peluru ketika satu serbuan polis pada 2007.

Kesemua mereka ditangkap beberapa jam selepas disyaki terlibat dalam rompakan di Kedai Emas Poh Kong di Subang Parade pada 3 Feb tahun itu, di mana dua pengawal keselamatan dan seorang penjenayah lain terbunuh di dalam kejadian itu.

Kesemua mereka menghadapi tuduhan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang memperuntukkan hukuman mati.

Hakim Siti Khadijah Hassan Badjenid ketika menjatuhkan hukuman itu berkata di bawah akta itu, kesemua tertuduh hanya boleh dijatuhkan dengan hukuman mati.

Beliau berkata tertuduh Songsil Udtoom, 42 dan abangnya, Jukkis Udtoom, 45, serta Phailin Noochangphueak, 31, dan teman lelakinya Loo Yeong Guang, 35, dari Rantau, Negeri Sembilan, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Siti Khadijah juga berkata pembelaan bahawa ketiga-tiga warga Thai datang ke Malaysia untuk melancong dan ditemani oleh Loo tidak dapat diterima dan satu penafian semata-mata.

"Berpandukan keterangan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan didapati sebegitu banyak barang-barang kemas telah dijumpai di bilik berkenaan dan adalah tidak munasabah bahawa kehadiran mereka adalah semata-mata untuk melancong ke Malaysia," kata beliau.

Beliau berkata tiada keraguan munasabah mengenai identiti kesemua tertuduh yang telah ditahan ketika serbuan berkenaan di mana pintu bilik berkenaan dikunci, dicangkuk serta dirantai menyebabkan polis terpaksa memecah masuk serta keempat-empat mereka secara bersama mempunyai kawalan terhadap bilik berkenaan.

"Kesemua senjata api telah ditemui berada dalam keadaan terdedah di meja solek, meja teh serta di katil bilik 6104, di mana tertuduh pertama (Songsil) dan tertuduh ketiga (Loo) telah bergelut dengan anggota polis ketika cuba mencapai senjata berkenaan," jelas Siti Khadijah.

Hakim itu juga berkata setelah menilai keterangan, mahkamah tidak boleh menerima bahawa senjata api telah diletakkan oleh pihak polis di bilik berkenaan dan menganiayai kesemua tertuduh.

"Adalah lebih mudah, lebih baik dan lebih menguatkan kes pendakwaan, jika pihak polis mengatakan pistol-pistol itu didapati daripada badan setiap tertuduh," kata beliau.

Bagi pertuduhan pertama, mereka disabitkan terhadap kesalahan memiliki enam senjata api tanpa sebab yang sah mengikut Seksyen 57(1)(a) ISA 1960.

Senjata itu terdiri sepucuk pistol Colt MK, sepucuk rifel AR15, sepucuk pistol Colt, sepucuk pistol Remington Rand Inc, sepucuk pistol Sig Sauer dan sepucuk pistol Glock.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa memiliki 336 peluru pelbagai jenis tanpa kuasa yang sah mengikut Seksyen 57(1)(b) ISA 1960.

Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di bilik No.6194, Pyramid Tower Hotel, Bandar Sunway, Subang Jaya dekat sini, pada pukul 3.45 pagi 4 Feb 2007. Kedua-dua tuduhan itu membawa hukuman mati mandatori.

Kesemua tertuduh diwakili peguam M. Visvanathan dan pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun serta Mohamed Mustaffa P. Kunyalam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan