Sembilan Bekas Pekerja Bank Dibenarkan Merayu

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sembilan bekas pekerja bank dibenarkan merayu dengan Mahkamah Persekutuan berhubung pemecatan mereka oleh Bank Bumiputra Commerce Berhad kerana berpiket yang menyalahi undang-undang di luar premis bank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, kira-kira lapan tahun lalu.

Kebenaran untuk rayuan mereka diberikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria yang mempengerusikan lima panel hakim bersama dengan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Hasan Lah.

Yang menjadi isu ialah sama ada menurut kuasa Seksyen 20 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Mahkamah Perusahaan, dalam menentukan sama ada pemecatan seorang pekerja hanya dengan sebab atau alasan, diperlukan bagi menimbangkan sama ada hukuman pemecatan itu wajar dan berkadar dengan dapatan salah laku oleh pekerja.

Pada 23 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dibuat oleh sembilan pekerja itu dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk berpegang bahawa pemecatan mereka yang dibuat oleh bank, kini dikenali sebagai CIMB Bank, adalah sah.

Sembilan pekerja itu, yang merupakan kerani, adalah Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) J.Solomon, Harianto Effendy Zakaria, Khairil Rizal Mansor, Mohamed Azizi Adnan, R. Sivagandi, Nor Azlin Ahmad Tridi, Masziyati Yaakob, Mariati Ariffin dan Suzana Abdul Rahman.

Selain Solomon, lapan yang lain juga merupakan anggota aktif NUBE.

Pada 21 Okt, 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan yang memutuskan bahawa tindakan bank memecat mereka adalah hanya dengan sebab atau alasan.

Mahkamah Perusahaan menolak tuntutan yang dibawa oleh sembilan orang berkenaan pada 27 Oktober, 2010.

Pada 6 Januari, 2004, mereka menghadiri satu siasatan domestik dan mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyertai piket yang menyalahi undang-undang antara 1.25 tengah hari dan 1.34 tengah hari pada 21 Okt, 2003.

Dalam surat bertarikh 27 April, 2004, bank memecat mereka berkuatkuasa serta merta dengan mendakwa tindakan mereka menjejaskan imej bank. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan