Ibu 4 Anak Yang Sanggup Benarkan Teman Lelaki Rogol Anak Perempuannya Sendiri Dihukum Penjara 21 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang ibu beranak empat yang sanggup merakamkan adegan teman lelakinya merogol anak perempuannya sendiri yang berusia 12 tahun akhirnya dihukum penjara 21 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Manakala teman lelakinya itu, Ma Kasim Sirat, 44, dihukum penjara 30 tahun dan 15 kali sebatan setelah mengaku salah merogol anak perempuan kekasihnya itu. Ibu yang berusia 30 tahun itu, merupakan bekas penyelia teksi eksekutif mengaku bersubahat sebanyak tiga kali dengan teman lelakinya itu yang merogol anak perempuannya yang berusia 11 tahun di sebuah apartmen Kemuning, Taman Bunga Raya Rawang sebanyak tiga kali.

Kejadian tersebut berlaku antara Disember 2009 hingga Mac 2010.

Ma Kasim turut mengaku bersalah di atas dakwaan merogol itu.

Apa yang menyedihkan ialah kanak-kanak perempuan itu yang kini berusia 14 tahun dalam keterangannya sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kejadian kedua berlaku pada hari ulang tahun kelahirannnya yang ke-12 iaitu pada 31 Januari 2010.

Katanya, ketika itu ibunya telah memanggil dia masuk ke dalam bilik sambil memberitahu bahawa dia akan menerima hadiah hari jadi yang istimewa.

Dalam insiden ketiga, ibunya sendiri tergamak merakamkan kejadian rogol itu menggunakan telefon bimbitnya.

Dalam perbicaraan pada Selasa, Ibu berkenaan menangis dan merayu supaya mahkamah tidak menjatuhkan hukuman berat ke atasnya.

“Saya insaf...saya harap diberi peluang kedua untuk menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya,” katanya.

Ma Kasim pula memberitahu mahkamah yang dia berhasrat untuk mengahwini teman wanitanya itu apabila dibebaskan nanti.

Hakim Latifah Mohd Tahar bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang simpati kepada ibu tersebut dengan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun untuk setiap pertuduhan.

Manakala Ma Kasim pula dihukum penjara 10 tahun dan lima kali sebatan untuk setiap kesalahan.

Semua hukuman tersebut akan berjalan serentak.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan