Ustaz Sebabkan Kematian Pelajar Dipanggil Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan seorang ustaz membela diri, Selasa terhadap tuduhan menyebabkan kematian pelajar Saiful Syazani Saiful Sopfidee, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab memerintahkan tertuduh Hanif Mohd Ali, 28, membela diri terhadap tuduhan menyebabkan kematian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat.

Sebaliknya mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan menyebabkan kematian Saiful Syazani, 7, di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Hanif dituduh melakukan kesalahan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011 antara pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.

Dalam kejadian itu, Saiful Syazani koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pukul 5.40 pagi pada 3 April 2011 selepas dikatakan dipukul oleh warden berkenaan ketika menyiasat satu kes curi di asrama sekolah itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh tiga Timbalan Pendakwa Raya iaitu Najib Zakaria, Nadia Hanim Mohd Tajuddin dan Azhar Mokthar manakala tertuduh diwakili oleh lima peguam terdiri daripada Arif Azami Hussein, Azizul Shariman Mat Yusof, Mohamed Hanipa Maidin, Mohd Fikri Abdul Rahman dan Zulmi Sabri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan