Kes Saman Tajudin: Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan tuntutan balas yang difailkan oleh bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Airline System Bhd (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan dua lagi.

Hakim Rosilah Yop membuat keputusan itu di dalam kamar pada Isnin, dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail bagi pihak kerajaan Malaysia, peguam S.M. Shanmugan yang mewakili MAS dan Lim Kian Leong mewakili Tajudin.

Lim memberitahu pemberita hakim menolak permohonan itu dengan kos tetapi jumlahnya akan ditentukan oleh Timbalan Pendaftar kelak dan menetapkan 12 Mac untuk mendengar saman utama.

Pada 4 Ogos 2010, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan balas tersebut dengan menyifatkan ianya (tuntutan balas)bersifat skandal, menyusahkan, remeh-temeh dan menyalah guna proses mahkamah.

Saman utama dalam kes itu membabitkan MAS dan dua anak syarikatnya, MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotels & Boutiques Sdn Bhd, menyaman Tajudin dan empat defendan yang lain iaitu syarikat Naluri Corporation Bhd, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd.

MAS dalam saman itu antara lain mendakwa, pihak defendan telah melanggar kewajipan fidusiari (pemegang amanah) namun Tajudin yang berkhidmat di MAS antara 1994 hingga 2001 menafikan dakwaan tersebut.

Tajudin pula bersama Promet Resorts dan Kauthar Venture Capital, telah memfailkan tuntutan balas dengan menamakan MAS dan dua syarikat berkaitan dengannya serta 13 pengarah MAS dan kerajaan masing-masing sebagai defendan-defendan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan