Perbicaraan Blogger Hina Mahkamah Ditangguh 27 April

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes menghina makhamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah ditangguh kepada 27 April ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamar ketika bertemu peguam Latheefa Koya yang mewakili penulis blog dan Siva Krish yang mewakili menteri, di sini, Jumaat.

Latheefa memberitahu pemberita, hakim menetapkan tarikh baru selepas membenarkan permohonan peguam Rais untuk penangguhan. Mahkamah sebelum ini dijadual mendengar perbicaraan itu hari ini.

Pada 21 Nov tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Rais,70, untuk memulakan prosiding menghina mahkamah kerana penulis blog tersebut telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya.

Pada 19 Julai tahun lepas, Rais memenangi saman terhadap penulis blog itu yang diperintahkan membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri berkenaan.

Pada 31 Jan tahun lepas, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, berhubung artikel yang disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com. pada atau sekitar 28 Disember 2010. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan