Mekanik Bunuh Rakan Dipenjara Tujuh Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang mekanik dikenakan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat selepas mengaku bersalah kerana membunuh seorang rakannya dua tahun lepas.

S. Manimaran, 28, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap R. Muthu yang berusia 41 tahun ketika kejadian, di hadapan sebuah rumah di Kampung Tambahan Jelapang antara 9 malam dan 10.30 malam 2 Februari 2010.

Manimaran didakwa mengikut pertuduhan pindaan iaitu Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.

Sebelum ini, Manimaran didakwa mengikut Seksyen 302 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Bagi pertuduhan kedua, pada 2 Februari antara 9 malam dan 10.30 malam pada 2 Februari Manimaran dituduh membuang mayat Muthu bagi tujuan melupuskan barang bukti untuk menyelamatkan diri daripada hukuman undang-undang.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tiga tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Hakim Norhayati Mat menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan dua tahun penjara bagi pertuduhan kedua.

Beliau memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 13 Februari 2010.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhaimi Aris manakala tertuduh diwakili peguam Yusof Arshad.

Terdahulu, Yusof dalam prosiding berkenaan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kerana Manimaran tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau dan dia menyesal serta insaf atas kesalahan yang dilakukan.

"Tertuduh masih muda dan banyak masa yang boleh dilakukan untuk masa depannya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan