Tiga "Ulat Tiket" Didakwa Tawar Tiket Tanpa Kuasa Yang Sah

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga "ulat tiket" pada Khamis dihadapkan di Mahkamah Majistret berlainan di sini terhadap pertuduhan menawarkan tiket kepada penumpang bas ekspres tanpa kuasa yang sah.

Bagaimanapun, Nur Syafika Ramlan, 21, Azlan Hassan, 35, dan Hendri Sharil, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan majistret berlainan.

Nur Syafika, yang bekerja sebagai kerani kaunter tiket di sebuah syarikat bas ekspres, didakwa menawarkan tiket dengan cara memujuk dan mendesak penumpang kenderaan perkhidmatan awam itu tanpa kuasa yang sah, di hadapan premis McDonald, berhadapan Terminal Pudu Sentral, Jalan Pudu di sini pada 2.30 petang, 19 September 2011.

Azlan dan Hendri, yang merupakan pemeriksa tiket dituduh melakukan kesalahan yang sama di Terminal Pudu Sentral pada pukul 9 malam dan 7 malam, 24 Ogos 2011.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Nur Syafika dan Azlan, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Hendri diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan kes Nur Syafika pada 2 April, sebutan kes Azlan pada 19 Mac dan 29 Mac untuk sebutan kes Hendri.

Pendakwaan dikendalikan tiga pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Nor Shahkierra Abdul Manan, Ikhlasmurni Ahmad dan Nurul Adani Yasid manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Prosiding turut dihadiri Pengurus Besar Penguatkuasaan & Latihan SPAD Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan