Mahkamah Tolak Permohonan Penganjur Festival Seksualiti

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menolak permohonan untuk mendapatkan semakan semula kehakiman yang difailkan oleh Seksualiti Merdeka bagi mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November tahun lepas.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar setelah mengadakan pertemuan dengan Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail, yang mewakili responden, serta peguam Honey Tan Lay Ean dan Chew Siew Ting, yang mewakili pemohon.

Tan memberitahu pemberita bahawa Rohana menolak permohonan itu tanpa kos atas alasan keputusan yang dipertikaikan itu tidak boleh dipinda melalui semakan semula kehakiman.

Alasan kedua, katanya, ialah permohonan itu hanya bersifat akademik.

Permohonan berkenaan difailkan Pang Khee Teik, 38, Angela Marianne Kuga Thas, 47, S. Thilaga Socky Pillai, 24, Siti Zabedah Kasim, 48, dan Md Nor Ismat Selamat terhadap Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Nor Azman Muhammad Yusuf dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Dalam permohonan mereka yang difailkan pada 1 Dis tahun lepas, pemohon berkata Khalid, sebagai responden pertama, telah mengisytiharkan pengharaman semua acara dan majlis Seksualiti Merdeka melalui sidang akhbar pada 3 Nov tahun lepas dengan memberi alasan ia tidak sah di sisi undang-undang dan melanggar Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Mereka berkata Khalid membuat keputusan itu berikutan salah faham atau kejahilannya tentang satu fakta kukuh dan relevan bahawa acara berkenaan tidak digunakan untuk melakukan kegiatan menyeleweng, yang boleh mengakibatkan timbulnya keadaan tidak harmoni, permusuhan atau mengganggu ketenteraman awam atau mengancam keselamatan negara.

Pemohon berkata, dalam membuat keputusan pengharaman itu, Khalid telah mengmbil kira perkara tidak relevan seperti pandangan popular dan majoriti tentang seksualiti, kesihatan dan/atau agama, yang mereka dakwa merupakan alasan yang tidak sah untuk melarang festival itu daripada diadakan.

Mereka memohon mendapatkan perintah certiorari untuk mengetepikan keputsuan itu dan perintah agar responden mengemukakan semua laporan polis yang dibaut berhubung penganjuran acara Seksualiti Merdeka.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan mengenai hak seksualiti yang menampilkan hak manusia daripada pelbagai orientasi seksual dan jantina. Ia juga memperjuangkan hak golongan lesbian, dwiseksual, gay dan transgender. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan