Kes Sosilawati: Pegawai Penyiasat Diarah Bungkus Semula Sampel Tanah

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai penyiasat memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah diarahkan oleh seorang ahli kimia untuk membungkus semula sampel tanah yang dihantar untuk dianalisa ke dalam botol.

ASP Mohd Ishak Yaakob dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkata ketika dihantar ke Jabatan Kimia pada 10 Oktober 2010, sampel tanah itu telah dibungkus dalam enam tiub panjang oleh pasukan polis forensik.

"Saya hantar sampel tanah kepada pengarah bahagian forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon (saksi ke-86 pendakwaan) tetapi Lim tidak mahu terima. Dia juga telah memarahi saya dan suruh saya bungkus semula sampel tanah ke dalam botol," katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.

Mohd Ishak, saksi ke-99 pendakwaan menyambung keterangan pada hari ke-68 perbicaraan kes bekas peguam, N.Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sampel tanah berkenaan merupakan antara barang kes yang dicamkan oleh Mohd Ishak dalam prosiding hari ini selain dokumen syarikat telekomunikasi dan beberapa laporan polis yang dibuat anggota keluarga empat individu yang didakwa dibunuh itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan