Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Dibebaskan

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar pada Rabu bebas daripada sabitan atas tuduhan rasuah dan hukuman penjara serta denda, setelah Mahkamah Tinggi di sini membenarkan rayuannya.

Hakim Datuk Ghazali Cha yang membuat keputusan itu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara selama enam tahun serta denda RM620,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.

Yusuf, pada 20 Dis 2010, dijatuhi hukuman tersebut setelah didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata kes tersebut melibatkan perantaraan dengan seseorang yang dikenali sebagai 'atuk' tetapi individu 'atuk' ini tidak dipanggil memberi keterangan bagi mengesahkan fakta bahawa dia mengambil duit daripada Yusof.

Katanya pihak pendakwaan juga hanya bergantung kepada tulisan tangan Yusof yang menandakan 'lulus' pada dokumen sedangkan ia bukanlah bukti Yusof telah dibayar kerana sebagai Timbalan Pengarah, Yusof berkuasa untuk meluluskan. Ghazali berkata pendakwaan juga gagal membuktikan elemen penerimaan wang oleh Yusof.

Yusof, 58, didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan berkenaan di pejabat beliau bertugas di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Yusof yang ditemui pemberita selepas prosiding memberitahu bahawa beliau gembira dengan keputusan mahkamah dan bersyukur kerana dibebaskan.

Beliau diwakili peguam Mohammed Azmi Mohd Said manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Sophian Zakaria. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan