Penyelia Petronas Didakwa Terima Rasuah RM5,000 Daripada Kontraktor

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas penyelia Petroleum Nasional Berhad (Petronas) pada Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah RM5,000 daripada seorang kontraktor, dua tahun lepas.

Ahmad Zaki Kamaruddin, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Ahmad Zaki, yang sebelum ini bekerja di bahagian Perolehan & Logistik Petronas dituduh menerima wang RM5,000 daripada kontraktor Mohd Azam Mohamad melalui rakan tertuduh iaitu Herman Bakar sebagai dorongan bagi mempercepatkan pengeluaran sijil pendaftaran membekal peralatan dan memberi perkhidmatan kepada Petronas.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di stesen minyak Petronas, Jalan Genting Klang pada pukul 9.30 malam, 8 Dis 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000, atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria daripada SPRM memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh kerana jumlah itu adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Peguam Abdul Razak Abu Bakar yang mewakili Ahmad Zaki memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan sejak tahun lepas.

"Anak guam saya tidak pernah gagal untuk melaporkan diri kepada pihak SPRM pada 7 haribulan, pada setiap bulan dan ini menunjukkan dia memberi kerjasama kepada SPRM," katanya.

Hakim Ahmad Zamzani membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mac untuk sebutan semula kes.

Abang ipar tertuduh membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan