MP Padang Serai Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Cederakan Anggota Polis

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan diarahkan membela diri atas tuduhan melakukan kekasaran terhadap anggota polis.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, sekaligus mengetepikan keputusan oleh mahkamah majistret sebelum ini.

Gobalakrishnan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Mei tahun lepas selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana didapati bersalah atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.

Beliau dituduh dengan sengaja menghalang Cif Inspektor V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20, 29 Januari 2002 dan beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.

Gobalakrishnan diwakili peguam bela Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang yang mewakili Suhaimi Ibrahim.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan