Bekas Setiausaha Koperasi Didakwa Terima Wang Tanpa Kelulusan

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap enam pertuduhan menerima wang koperasi berjumlah lebih RM280,000 tanpa kelulusan mesyuarat agung koperasi itu, tiga tahun lepas.

Wan Ahmad Nasir Wan Hassan, 73, turut didakwa atas tiga pertuduhan lain iaitu telah dengan tidak berhemat dan bertekun menerima beberapa elaun yang menyebabkan koperasi itu mengalami kerugian hampir RM150,000.

Bagi pertuduhan pertama hingga keenam, Wan Ahmad Nasir didakwa menerima wang koperasi berjumlah RM281,676.14 sebagai pembayaran untuk beberapa elaun termasuk Elaun Tetap Tertunggak dan Elaun Kehadiran Mesyuarat, sedangkan pembayaran elaun tersebut tidak dibentangkan untuk kelulusan dalam mesyuarat agung koperasi berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di No.37D, Jalan Datuk Haji Eusoff, Kompleks Damai Off Jalan Ipoh, di sini, pada 9 dan 16 Januari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502), dan boleh dihukum di bawah seksyen 91(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000.

Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, pesara itu didakwa dengan tidak berhemat menerima elaun kehadiran Mesyuarat Lembaga Tertunggak dan elaun kehadiran Mesyuarat Exco Tertunggak yang menyebabkan koperasi berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM54,000.

Manakala bagi pertuduhan kesembilan Wan Ahmad Nasir didakwa dengan tidak berhemat menerima RM125,952 sebagai Elaun Tetap Tertunggak Setiausaha sedangkan dalam Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 30 Sept 2008 menyatakan jumlah Elaun Tetap Belum Bayar Teraku adalah RM33,600 yang menyebabkan koperasi itu mengalami kerugian RM92,352.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 45 (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang boleh dihukum di bawah seksyen 45(4) akta yang sama, yang boleh dikenakan denda maksimum RM200,000.

Hakim S.M Komathy Suppiah membenarkan Wan Ahmad Nasir diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 hingga 6 April ini untuk perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kamarulzaman Mohamad Buhari manakala tertuduh diwakili peguam V. Jeya Kumar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan