Suri Rumah, Dua Penganggur Didakwa Bunuh Pemandu Lori

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang suri rumah dan dua penganggur lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu lori dua, minggu lepas. K.Annamah, 34, didakwa membunuh suaminya, M.Ganeshan, 31, di sebuah rumah di Blok A, Flat Petaling Utama, Petaling Jaya di sini pada 2.47 pagi, 16 Feb lepas bersama G.Puganeswaran, 22, dan S.N.Harichandran, 18.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Majistret Surya Wati Shawal menetapkan 17 April untuk sebutan kes.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, seorang doktor mengaku tidak bersalah mencederakan isterinya, empat hari lepas.

E.Jaya Suresh, 31, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap L.Parameswari, 29, juga seorang doktor, di rumah mereka di Jalan SS19/6U, Subang Jaya pada 24 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Norafidah Idris menetapkan 27 Mac untuk sebutan kes dan membenarkan Jaya Suresh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan