Pengerusi Selcat, Sembilan Lagi Dibenar Merayu

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini Selasa meluluskan permohonan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Kim dan sembilan pemohon lain untuk merayu terhadap keputusan mahkamah menerima semula satu saman sivil yang dikemukakan terhadap mereka untuk mencabar kedudukan Selcat di sisi undang-undang.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel tiga anggota, membenarkan mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Disember tahun lepas yang menerima semula saman sivil yang dikemukakan terhadap mereka oleh tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selangor.

Hakim Raus, yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, meluluskan permohonan itu berdasarkan satu persoalan undang-undang yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Persoalan undang-undang berkenaan ialah sama ada komposisi, kuasa dan pengurusan jawatankuasa yang diwujudkan mengikut perintah tetap Dewan Undangan Negeri Selangor boleh dijadikan perkara untuk dicabar dalam prosiding undang-undang, dengan mengambil kira keistimewaan di sisi Perlembagaan yang diperuntukkan kepada Dewan Undangan Negeri serta jawatankuasanya mengikut Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Selangor.

Adun Sungai Air Tawar Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, Adun Morib Hasiman Sidom dan Adun Kuala Kubu Bharu Wong Koon Mun berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang mengetepikan saman mereka terhadap Teng serta sembilan yang lain.

Sembilan yang lain itu ialah anggota Selcat Haniza Mohamed Talha, Mohamed Azmin Ali, Saari Sungib, Edward Lee Poh Lin, Sulaiman Abdul Razak dan Ismail Sani, speaker DUN Selangor, setiausaha DUN Selangor dan Kerajaan Selangor.

Pada 22 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan 10 pemohon itu mengetepikan saman berkenaan mengikut Perintah 18, Peraturan 19 (1) (a) Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 atas alasan saman itu tidak menyatakan bentuk tindakan yang sewajarnya diambil.

Tiga Adun berkenaan memfailkan saman untuk menuntut, antara lain, agar satu perisytiharan dibuat bahawa penubuhan Selcat dan/atau prosidingnya tidak sah dan terbatal di sisi undnag-undang serta tidak mempunyai sebarang kesan.

Mereka juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa jawatankuasa itu melanggar perintah tetap, undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan serta telah bertindak melebihi bidang kuasanya; dan tidak mencerminkan keseimbangan mengenai pihak-pihak yang terdapat dalam Dewan Undangan Negeri.

Sepuluh pemohon itu diwakili peguam Tommy Thomas, manakala peguam-peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan M. Athimulan mewakili tiga Aduan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan