Warga Nigeria Edar Dadah Dihukum Mati

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warganegara Nigeria setelah didapati bersalah mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman,Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Oluigbo Eric Chimeze, 34, yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 22,159 gram di persimpangan lampu isyarat Napoh dekat sini menghala ke Bukit Kayu Hitam pada 6.45 pagi 1 September 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam B.Murthy manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzila Ishak. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan