Pecah Amanah: Dua Juruwang Bangladesh Di Penjara Setahun, Satu Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua juruwang warga Bangladesh pada Isnin dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang milik stesen minyak pam Esso tahun lepas.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh memerintahkan Kibul, 33, dan Shahabul, 29, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 28 Oktober 2011.

Mengikut pertuduhan, Kibul didakwa melakukan pecah amanah membabitkan wang RM1,170.19 di stesen minyak pam Esso, Highway Besraya, Cheras di sini pada pukul 2.50 petang pada 28 Oktober 2011.

Manakala Shahabul pula didakwa melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang RM3,423.25 milik stesen minyak itu pada tempat dan masa yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aishah KM Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rosnan Hassan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan