Dua Pegawai Imigresen Didakwa Terima Suapan RM300

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua pegawai penguat kuasa Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan menerima suapan RM300 daripada seorang warganegara Bangladesh.

Mazlan Hairuddin, 36, dan Abdul Rahim Adnan, 30, yang bertugas di Jabatan Imigresen Melaka didakwa menerima suapan wang tunai itu daripada Md Abu Bukkar Miah sebagai dorongan untuk memberi perlindungan dan tidak menangkap lelaki berkenaan yang disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tepi jalan Taman Bukit Piatu Mutiara kira-kira 10 malam pada 4 Ogos tahun lepas.

Mazlan juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan meminta suapan RM300 daripada Md Abu bagi tujuan sama di Home Smart Design Furniture Centre, Taman Semabok Perdana kira-kira 1 petang pada 19 Julai tahun lepas.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Sazali Omar kemudiannya membenarkan ikat jamin RM5,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 April depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Saad Shukor. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan