Mahkamah Dengar Saman Kerajaan Terengganu Terhadap Harakah 23 Julai

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan tiga hari bermula 23 Julai ini untuk mendengar saman fitnah yang difailkan oleh kerajaan Terengganu terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain berhubung artikel berkaitan bekalan pakaian seragam sekolah dan alat tulis.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu selepas bertemu kedua-dua pihak dalam kamar apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Edynoor Hiefnee Razali mewakili plaintif manakala Azhana Mohd Khairudin pula bagi pihak defendan.

Kerajaan Terengganu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang diberi kontrak untuk membekalkan pakaian seragam sekolah dan alat tulis, memfailkan saman itu pada 15 Disember tahun lepas berhubung artikel yang disiarkan oleh Harakah, lidah rasmi PAS.

Mereka menamakan Dr Syed Azman, pemilik permit Harakah, Datuk Mustafa Ali, ketua editor Ahmad Lutfi Othman dan pencetak, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, plaintif menyatakan bahawa Syed Azman telah memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk "Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?' yang disiarkan dalam Harakah keluaran 11 hingga 13 November, 2011.

Plaintif turut mendakwa artikel itu memberi maksud bahawa kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak bersikap telus dalam memberi kontrak di bawah program bantuan sekolah di negeri ini.

Mereka memohon ganti rugi am, khas, teruk dan teladan; kos; dan injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan artikel yang didakwa fitnah itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan