Akta Hasutan Sah Di Sisi Undang-Undang

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 adalah undang-udang yang sah.

Hakim Datuk Sulaiman Daud, yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, berkata akta itu tidak bercanggah dengan Perkara 4 (1) dan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 4 (1) mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan menyatakan bahawa mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah terbatal.

Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan pula mengiktiraf kebebasan bersuara dan memberi pendapat sebagai hak asasi semua warganegara. Sulaiman berkata Akta Hasutan terletak di bawah bidang kuasa Perkara 10 (2) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan had tentang kebebasan bersuara.

Kata beliau mahkamah itu bersetuju dengan keputusan dan dapatan dalam dua kes berkaitan kedudukan Akta Hasutan di sisi undang-undang dalam kes membabitkan Madhavan dan Anor lwn Pendakwa Raya (keputusan Mahkamah Tinggi pada 1975) dan Pendakwa Raya lwn Karpal Singh (keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini).

Panel itu sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan oleh peguam P. Uthayakumar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jan tahun lepas ketika menolak permohonannya (Uthayakumar) supaya mahkamah itu mengisytihrkan Akta Hasutan sebagai tidak sah di sisi Perlembagaan.

Panel itu juga menolak permohonan Uthayakumar untuk mendapatkan penangguhan perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Uthayakumar, 49, yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Dis 2007 kerana dituduh menyiarkan sepucuk surat berbaur hasutan di laman web "Police Watch Malaysia" bertarikh 15 Nov 2007, yang dialamatkan kepada perdana menteri Britain ketika itu, Gordon Brown.

Beliau mengemukakan permohonan perisytiharan itu (untuk mengisytihrkan bahawa Akta Hasutan bercanggah dengan perlembagaan negara) sebagai usaha agar tuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut akta berkenaan dibatalkan dan pendakwaaan dalam prosiding di Mahkamah Sesyen diketepikan.

Perbicaraan kesnya akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, yang menetapkan tarikh sebutan kes pada 16 Mac. Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin bertindak sebagi pendakwa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan