Tajudin Gagal Tangguh Prosiding Kes Saman Tuntutan Balasnya Terhadap MAS

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Airline System Bhd (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli pada Khamis gagal menangguhkan prosiding permohonan kerajaan untuk membatalkan kes saman tuntutan balasnya terhadap MAS dan dua anak syarikatnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop membuat keputusan di dalam kamar di sini dengan dihadiri peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin, S.M. Shanmugam mewakili MAS manakala Lailawati Ali bagi pihak kerajaan Malaysia.

Pada Isnin ini, Rosilah akan mendengar permohonan kerajaan Malaysia bagi membatalkan tuntutan balas Tajudin. Pada 4 Ogos 2010, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan balas tersebut dengan menyifatkan ianya (tuntutan balas)bersifat skandal, menyusahkan, remeh-temeh dan menyalah guna proses mahkamah.

Saman utama dalam kes itu membabitkan MAS dan dua syarikat berkaitannya, MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotels & Boutiques Sdn Bhd selaku pihak plaintif yang memfailkan tindakan tersebut pada 2006 terhadap Tajudin dan empat defendan yang lain iaitu syarikat Naluri Corporation Bhd, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd.

MAS dalam saman itu antara lain mendakwa, pihak defendan telah melanggar kewajipan fidusiari (pemegang amanah) namun Tajudin yang berkhidmat di MAS antara 1994 hingga 2001 menafikan dakwaan tersebut.

Tajudin pula bersama Promet Resort dan Kauthar Venture Capital telah memfailkan tuntutan balas dengan menamakan MAS dan dua syarikat berkaitan dengannya serta 13 pengarah MAS dan kerajaan masing-masing sebagai defendan-defendan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan