Ibu Tunggal Warga Thailand Ke Tali Gantung Kerana Edar Kokain

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal warga Thailand dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kokain, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Chaloemlak Nakkoed, 32, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.

Chaloemlak, yang bekerja sebagai kedi di sebuah kelab golf di Kittinakon, Thailand, didakwa mengedar 454 gram kokain di bilik No.908, Hotel Citin, Jalan Pudu di sini, pada 8.05 malam 7 Sept 2009.

Dia juga didakwa mengedar 204 gram dadah jenis sama di Hospital Kuala Lumpur (HKL) antara 10.20 malam pada 8 Sept 2009, hingga 2.55 pagi esoknya.

Berdasarkan fakta, polis menemui 32 kapsul kecil berisi kokain dalam beg plastik yang dibawa Chaloemlak ketika membuat serbuan di hotel itu.

Pemeriksaan lanjut ke atas badan tertuduh melalui imbasan sinar-x di HKL, membawa kepada penemuan 31 kapsul dadah jenis yang sama.

Fakta kes menunjukkan Chaloemlak memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas berada di Brazil dan Dubai.

Tertuduh diwakili peguam T.Chakaravarthi manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan