Bekas Pengarah Didenda RM12,000 Kerana Masuk Cek Syarikat Ke Akaun Peribadi

Diterbitkan: Jumaat, 24 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat pembekal senjata api pada Khamis didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah kerana memasukkan cek milik syarikat berjumlah RM160,000 ke dalam akaun persendiriannya, dua tahun lepas.

Hakim Hasbi Hasan turut memerintahkan Noorhamizam Hamid dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, tertuduh membayar denda berkenaan.

Noorhamizam, 34, yang merupakan bekas pengarah syarikat Rebana Emas Sdn Bhd., didakwa memasukkan cek tersebut ke dalam akaun persendiriannya tanpa pengetahuan dan kebenaran ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bank CIMB, Universiti Putra Malaysia, Tingkat Bawah, Blok B, Bahagian Pusat Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang, pada 4 Oktober 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang boleh dihukum Seksyen 132(3)(b) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM30,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Fadilah Abdul Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan