Curi Motosikal, Pencuci Kereta Dipenjara Lapan Bulan, Denda RM1,000

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pencuci kereta dikenakan hukuman penjara lapan bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana mencuri sebuah motosikal.

Majistret Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap R.Balasubramaniam, 31, selepas mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Balasubramaniam didakwa mencuri motosikal berkenaan bernilai kira-kira RM1,500 kepunyaan Neoh Kok Oun di Jalan SP Cheliah, Jalan Patani di sini, pada pukul 6.15 petang, 14 Feb lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman enam bulan hingga lima tahun penjara dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika membuat rayuan, Balasubramaniam yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana tertuduh menanggung ibunya yang sakit dan dua orang adik perempuan.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, dua rakan didenda RM3,000 dan RM2,000 selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu mengada dan menjalankan tempat hiburan tanpa lesen sah, Jun tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Ch'ng Thean Seang, 23, dan Nyeok Feng Kun, 20, masing-masing didenda RM3,000 kerana didakwa mengadakan hiburan awam tanpa lesen sah di Blok 42C-G-27, Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini, pada pukul 4.40 petang, 3 Jun tahun lepas.

Untuk pertuduhan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(a) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(2) Enakmen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka masing-masing didenda RM2,000 kerana didapati mengadakan sebuah tempat hiburan awam tanpa lesen yang sah di dalam premis yang sama, pada waktu dan tarikh yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan