Mahkamah Tetapkan 1 Mac Putuskan Semakan Seksualiti Merdeka Cabar Tindakan Polis

Diterbitkan: Selasa, 21 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 1 Mac depan untuk keputusan berhubung kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan oleh penganjur Seksualiti Merdeka untuk mencabar keputusan polis mengharamkan penganjuran program itu pada November tahun lepas.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hisham Ismail yang mewakili tiga responden dan peguam Honey Tan Lay Ean yang mewakili lima pemohon.

Kes tersebut ditetapkan untuk didengar pada Selasa dan Noor Hisham memberitahu pemberita bahawa pihak responden telah berhujah bahawa perintah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengharamkan program tersebut bukanlah keputusan yang termaktub dalam Perintah 53 Peraturan Mahkamah Tinggi 1980.

Katanya, permohonan semakan kehakiman tersebut juga telah menjadi suatu permohonan akademik.

Sementara itu, Tan memberitahu bahawa pihaknya berhujah sebaliknya dan permohonan itu bukanlah sesuatu yang akademik walaupun majlis tersebut sepatutnya berlangsung pada tahun lepas kerana perintah pengharaman tidak menyatakan tempoh masa sama ada setahun atau selama-lamanya.

Permohonan yang difailkan pada 9 Disember tahun lepas itu difailkan oleh Pang Khee Teik, 38, Angela Marianne Kuga Thas, 47, S. Thilaga Socky Pillai, 24, Siti Zabedah Kasim, 48, dan Md Nor Ismat Selamat.

Mereka menamakan Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Nor Azman Muhammad Yusuf dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonan itu, kesemua mereka yang merupakan penganjur Seksualiti Merdeka 2011, berkata Khalid tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengisytiharkan program mereka haram dalam satu sidang media pada 3 November tahun lepas.

Kata mereka, keputusan Khalid itu adalah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka turut mendakwa bahawa Khalid membuat keputusan tersebut tanpa bukti dan ia tidak munasabah kerana tiada asas dan menjejaskan hak pemohon.

Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Khalid dan satu perintah dikeluarkan kepada responden agar memberikan semua salinan laporan polis yang dibuat berhubung bantahan program Seksualiti Merdeka kepada pihak penganjur.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan bermula 2008 yang memperjuangkan hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Sementara itu, dua peguam yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) dan Majlis Peguam memberitahu pemberita bahawa mereka tidak dibenarkan menjadi peguam pemerhati bagi kes tersebut.

Peguam S. Meera (NGO) dan Roger Chan (Majlis Peguam) memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Rohana tidak membenarkan mereka turut serta ke dalam kamar semasa kes didengar dan amat kesal dengan keputusan itu kerana mereka mewakili pelbagai pihak serta kes itu melibatkan kepentingan awam.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan