Tukang Rumah Gigit Anggota Polis Didenda RM2,000

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Gara-gara menggigit telinga anggota polis ketika cuba melarikan diri dari tahanan, seorang tukang rumah pada Isnin dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Shukri Muda, 34, dari Gong Pak Jin, Batu Rakit, di sini didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Konstable Amran Yahya, 23, bagi menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada pukul 8.25 malam, 12 Februari lalu bertempat di Balai Polis Gong Badak, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mohd Shukri yang memakai baju lokap polis dan berjalan terhencut-hencut akibat terkena tembakan di kaki yang dilepaskan anggota berkenaan untuk mempertahankan diri, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Inspektor V. Ravi. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan