28 Februari Pengurusan Kes Anwar Saman Utusan

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Isnin menetapkan 28 Februari untuk pengurusan kes saman sebanyak RM50 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, yang mendakwa beliau difitnah oleh dua artikel berkaitan komennya mengenai undang-undang homoseksual dalam temubualnya dengan BBC.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak.

Pada 20 Januari, Anwar memfailkan saman itu terhadap Utusan dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata akhbar itu telah menyiarkan dua artikel di muka hadapan dan muka 10, pada 17 Jan, yang menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin Islam yang pandangannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau mendakwa bahawa perkataan-perkataan yang disiarkan yang berdasarkan temubualnya dengan BBC, adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, memohon RM50 juta sebagai ganti rugi, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan serta relif-relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Anwar juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyatakan atau menyiarkan perkataan-perkataan memfitnah terhadap beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan