Curi Susu: Penganggur Dipenjara Dua Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang penganggur menerima hukuman penjara dua bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri empat bungkus susu tepung bernilai RM91.96. Majistret Rini Triany Muhamad Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap SH Zainal SH Mokhtar, 28, selepas mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

SH Zainal, dari Felda Timur Chini 1, Pekan didakwa mencuri empat bungkus susu Nestle Omega Plus Acticol bernilai RM22.99 setiap satu di pasaraya The Store, Kuantan Parade, pada 1.30 petang, 4 Februari lepas. Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan