CTOS Langgar Undang-Undang, Kata Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi yang pernah membuat kajian terhadap Credit Tip Off Sdn Bhd (CTOS) pada Khamis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa agensi maklumat kredit itu telah melanggar undang-undang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung penamaan syarikat.

Zarina Jaafar yang ketika itu bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif di Asociate & General (M) Sdn Bhd berkata hasil kajiannya mendapati di dalam 'Memorandum of Association' (MOA) syarikat berkenaan, terdapat perkataan 'to carry on the business of a credit rating agency or bureau (Biro)' sedangkan keadaan sedemikian hanya boleh dilakukan oleh agensi badan berkanun atau syarikat yang dimiliki kerajaan.

Katanya, larangan terhadap perkara itu diselidik pada 2007 menerusi pegawai kaunter di Pejabat Pendaftar Syarikat, SSM dan jelas dinyatakan di dalam garis panduan menamakan syarikat.

Zarina yang merupakan saksi kelima pembelaan berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ashok Kandiah dalam perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh CTOS terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri M. Kayveas.

Pada Sept 2007, CTOS bersama CTOS Data Systems Sdn Bhd, CTOS-EMR Sendirian Berhad dan CTOS Business Systems Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Kayveas atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah yang diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan antara 25 Jun 2007 dan 15 Julai 2007.

CTOS memohon ganti rugi am, teladan, teruk, kos, dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Defendan (Kayveas), dalam pernyataan pembelaan berkata kenyataan itu adalah laporan saksama dan tepat dibuat oleh defendan dalam kapasitinya pada masa itu sebagai Timbalan Menteri berdasarkan situasi semasa untuk pengetahuan umum.

Selain itu, Zarina yang kini bertugas sebagai pengurus komunikasi pemasaran di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur turut memberitahu bahawa kajian terhadap CTOS itu dibuat atas permintaan Kayveas yang telah melantik dan mengupahnya.

Ditanya Ashok sama ada beliau bersetuju bahawa tiada sebarang kajian mendalam dibuat ke atas isu 'biro' selain berdasarkan garis panduan, Zarina berkata: "Ya, setuju."

Terdahulu Zarina memberitahu bahawa bagi membuat kajian itu beliau telah mengunjungi pejabat CTOS beberapa kali dan menemui pegawai terbabit sebelum melapor segala maklumat kepada Kayveas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosilah Yop Isnin bersambung 23 Februari - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan