Chef Mengaku Tidak Bersalah Curi Telefon Bimbit Peguam - Berita Mahkamah | mStar

Chef Mengaku Tidak Bersalah Curi Telefon Bimbit Peguam

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang chef mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat terhadap tuduhan mencuri telefon bimbit milik seorang peguam, Isnin lepas.

Lim Chou Huat, 38, dari Batu Caves di sini didakwa mencuri telefon Blackberry Touch bernilai RM1,500 kepunyaan Nur Ain Jaafar, 32, di Mahkamah Majistret 6, Jalan Duta di sini pada 12.30 tengah hari, 13 Februari, 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda. Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes dan membenarkan Lim diikat jamin RM4,500 beserta seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya R. Hemavthi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan